music

Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

Sunday, October 14, 2018

Ujian JPJ kali ke 2 (litar)

Sebelum ni aku ada post kan pasal aku tak lulus ujian JPJ litar tapi jalan raya lulus.
so bila ada masa ni baru aku ambil semula ujian litar untuk kali ke 2.
macam biasalah abah hantar aku kat akademi memandu.
lepas tu aku baru perasan aku tak bawa hp. nasib abah ada hp. so aku pinjam abah punyalah.
memang dari mula pukul 8am tak fokus main hp pun. hp nokia mana ada soc media kan? hahaha
so memang aku fokus gilerlah. no gadget no fb no ig no ambik tempahan orang beli baju...hehehe
so memang fokus lah kan?
dimualai dgn penerangan dari cikgu memandu lepas tu pegawai JPJ pula.
lepas tu kami buat RPK tapi RPK pun buka bonet depan and belakang jer..hahaha
sebab time tu dah pukul 9.30am lebih kot so diorang pun nak kejar masa. kira kira bonuslah tak buat RPK menyeluruh.
masa tengah tunggu giliran tu kami nampak staff akademi cabut penanda pada parking.
aiyoo rasa mengelabah pula sebab dah terbiasa parking ada penanda kan?
masa tu dah fikir habislah kalau tak lulus lagi melayang RM90..
giliran aku paling last sekali sebab ulangan kan? so sampai giliran aku masa tengah tunggu kereta pegawai JPJ tanyalah
JPJ : kenapa tak lulus hari tu?
Aku : kat bukit. sebab guna kereta viva kot. kan pulas stering 3x axia 2x (sebenarnya xde kena mengena pon aku pergi bantai mengarut)
JPJ : takperlah nanti pilihlah axia
kebetukan giliran aku masa tu kereta viva
dan cikgu yang ajar aku semalam pun suruh kereta viva tu parking dan aku tunggu pula kereta axia yang seterusnya.
sap sup sap
akhirnya aku lulus lah juga ujian tu.
so lesen aku akan siap dalam masa dua minggu.

markah aku pun cukup makan jer 60/75 huhuhu
aku rasa reason aku lulus
1)Aku fokus giler tengok orang lain buat masa ujian tu. aku kan no last so memang semua aku tengoklah kan?
2) Aku tak tak bawa hp. guna hp abah mana ada internet. so dari pukul 7.30am-1pm memang aku xde dalam alam maya
3) sebab aku dapat kereta axia (ni mcm bonuslah)
4) usaha aku sebab xmau bayar RM90 lagi untuk ulangan hahahah
5) doa, usaha, tawakal..😊😊

ok da!

Friday, July 13, 2018

Pengalaman Ambil Lesen Kereta

okay.
nak cerita pengalaman aku ambil lesen kerata manual.
harga murah jer RM995 kat AMDT senggarang.
masuk kursus bulan 4 2018. ambil periksa komputer minggu hadapannya.
tak baca pun buku yang dia bagi.
aku cuma baca ulang ulang dalam app yang aku download.
alhamdulillah walau tak 50/50
dapatlah jawab 44/50 heheheh
sekali jawab jer tak buat ulangan pun.
selepas tu belajar kelas pertama.
pergh susah siot
dahlah sekarang ni dengan ada RPK/RSM
nak ingat semua tu mcm apa jer.
hari pertama terus kena drive. aku memang takde pengalaman bawa kereta.
memang hancur leburlah...
masa part bukit tu mati enjin. sebab aku xpaham cikgu tu dok suruh RPM tu tekan sampai no.2
dapat pulak kereta viva yang nak pulas tu macam nak mati...hahaha
habis kelas tu mmg aku stress giler ah. takut seriau kalau aku bodoh sangat tak dapat tangkap cikgu ajar..hahaha
so patutnya selang seminggu ada kelas aku tunda ke minggu hadapannya.
sebabnya? tangan aku sakit pulas stereng dengan aku xnak aku stress. (Giler sangat ketakutan tu)
so minggu kedua tu dapat cikgu perempuan.
alhamdulillah dengan cikgu perempuan ni aku lagi paham berbanding cikgu minggu pertama.
sampailah habis minggu ke 7. bolehlah aku bawa kereta dah. tapi sebenarnya aku lagi selesa axia berbanding viva.

so dalam bulan 7 aku ambil Test JPJ 12/07/2018. jam 8am aku dah sampai kat akademi memandu.
kecut perut semua adalah.
angka giliran plak no 39.
yg bestnya sebab ada budak sebelah aku tu siap kata "baru lepas spm ker??"
hello? iol is 36 okay.
bila aku cakap aku 36 barulah dia bahasakan diri "saya" memula tu dia bahasakan diri dia "akak".
bila sampai giliran buar RPK tu buat ramai2 serentak. kes nak jimat masa.
so semua tu ok.
lepas tu tunggu giliran nak naik bukit.
memula tu pegawai JPJ tu suruh buat RSM dulu.
neves jangan ceritalah bila giliran aku naik bukit tu. sampai tengah2 tu. aku boleh tanya pegawai yang jaga atas menara tu. masuk x? hahahha bengong tak aku ni
pastu aku rasa macam masuk sebab sipi sipi kan? pastu konpiden aku kata masuk terus hon & angkat tangan. patutnya aku cakap nak ulang kali ke 2. tapi sebab aku dah hon and angkat tangan so aku terus GSM (gagal serta merta).
so aku xsalahkan JPJ tu pon. tapi aku yg salah paham. patut aku cakap nak buat lagi sekali . tapi sebab aku over konfiden kot. so hambiklah tak lulus litar. heheheh

petang dalam pukul 3.30pm kot baru lah tiba giliran aku ambil jalan raya pulak. aku ingat kalau tak lulus litar tak boleh ambil jalan raya dah. rupanya ambil juga. aku masa tu berkira jer xnak dapat JPJ yg masa aku buat RSM tu. sebab staff kat situ kata dia jenis yg betul betul teliti punya.
sampai giliran aku dapatlah JPJ yg muda gak ler. tinggi, tapi jenis tak senyum. budget hensem kot?
masa aku kat luar kereta nak tunggu turn tu JPJ tu suruh aku masuk dulu. dia pergi ke bilik tempat yang untuk JPJ tu. masa dalam kereta tu doklah ingat RSM saja.
bila dia masuk kereta baru aku teringat borang aku kat tempat duduk belakang. aku toleh tapi tak sampai. so aku keluar kereta buka pintu belakang. baru buka mamat JPJ tu dah ambil borang aku tu.
aku masa tu dah rasa. tak boleh ke nak cakapkan? malu pon ada.
bila masuk tu aku cek Brek tangan, laras tempat duduk, laras tangan kat stereng, cermin. pastu aku nak baca panel isyarat kat board tu. kan ada yang dah xnyala kan. pastu aku nak bacalah semua tu.
pastu JPJ tu kata
"yang xmenyala tu tak payahlah baca.."
gitu serius nak mampos nada dia.
so aku baca isyarat lampu brek tangan jerlah.
pastu aku buat cito.
pastu JPJ tu kata
"terus jalan xpayah buat lain tu"
masa tu dalam hati dah pk gagal ker?
lepas tu masuk gear, tarik handbrake baru nak tekan minyak JPJ tu kata
"eh, kejap..."
aku pon brek mengejut.
dia ni nak buat aku gagal ker apa?
JPJ tu keluar kereta rupanya spek hitam dia atas kereta.
"spek saya.."
pastu aku jawab
"ooo...nasib baik tak jatuh.."
so sepanjang perjalanan permulaan tu kena masuk simpang ke jalan besar.
awal awal aku dah salah signal nak kekanan aku bagi kiri.
mulut aku tak henti kata sorry..sorry...sorry (macam cakap dengan diri sendirilah tapi suara berbunyi)
dalam hati dah pk gagal lah aku ni.
dalam kereta memang xde bersuara pun. aku pon xderlah ringan mulut nak berbual. dah JPJ tu diam aku pon diamlah. tapi dia duduk pun rileklah.. takdelah mcm orang gelabah walau aku bawa ada tersengguk and gear tak masuklah apelah. gear tak masuk ker apa ker dia pun xderlah bebel ker apa ker..
sampai kat pusingan yang stesen minyak tu kena keluar ke jalan raya lagi. aku takutlah mati enjin kan.
pastu masa nak keluar tu masa nak tunggu kereta takde  aku pon tarik hand brake semua. nak masuk gear terundur ke belakang sket. pastu aku dah gelabah tak bg signal..
JPJ tu kata
"ni nak belok kiri ke terus ke atau kanan?"
aku toleh kat JPJ tu sekejap. sebenarnya dalam hati aku. aku nak tanya ada ker kena pergi ke jalan B pulak. tapi aku cakap dalam hati jerlah. pastu aku pon jawab :
"ke kiri, eh bukan ke kanan?"
pastu JPJ tu pun kata
"ha, signalnya mana"
aku jawap
"oh sorry, sorry"
pastu kami krik krik lagi
patutnya kena sampai simpang tu kena masuk jalan tu
tapi JPJ tu kata
"terus jer"
aku dah pk mesti gagal ko dahlah chevron tadi dia suruh terus gak...huhuhu
pastu memandulah sampai ke akademi balik. rupanya semua dah lepas so kena parking kereta
JPJ tu cuma kata
"parking sini"
so masa aku berhenti tu nak matikan enjin tarik hand brake free gear tu semua kertas aku tu dia letak atas dashboard jer. tak cakap apa pun. pastu dia terus keluar. dah rasalah. mentang2 aku xlulus kan ko campak jer kertas tu kat situ kan? memang kutuk giler2 lah JPJ tu dalam hati...hahaha perasan hensem agaknya...poyo..
aku tak tengok pun result tu. sebab yakin gagal dah. sbb aku dengar bunyi pen dia masa isi borang tu dok zig zag zig zag banyak kali. byk benor salah aku..hahahah
masa bagi kat staff AMDT tu pastu dicop kertas aku lulus.
hahahaha serius beb macam xcaya. aku rasa JPJ tu bagi markah kesian kot kat aku. hahahah
15 salah. ngam ngam 65 markah.. pastu aku minta maaf dalam hati sebab aku dok kutuk JPJ tu jer. agaknya diorang kan nak cepat balik. kot nak ambik anak ke bini ke kan. sebab tu lah nak cepat balik. lagipun kalau dah petang pun orang dah lesu kot. dekat 50 pelajar nak hadap. tapi bagus juga dia diam jer bercakap bila perlu. sekurangnya dia xganggu fokus aku memandu. hikmah tu beb..
so masa nak pulang semua baju and tag tu jumpalah bebudak lain. ada yg lulus ada yg xlulus. aku rasa baiklah aku xlulus litar dari aku xlulus jalan raya. krem dowh perut aku sepanjang duduk dalam kereta tu.
itulah pengalaman aku ambil lesen.
tapi lesen tak dapat lagilah. tunggu aku lulus litar dulu...heheheh

Da..!

Wednesday, July 12, 2017

Bila Tiket Habis..

ok hari ni rasanya nak menulis lah sket nak share story... ni cerita sebelum raya kalau tak silap sebab time tu aku sempat beli McD ayam. nak dijadikan cerita hari jumaat ritu company aku ada join venture jadahnya ada event 3 hari kat KLCC. so aku salah sorang yang kena jaga booth kat sana. so masa last day event tu. hari jumaat my boss kata. kalau nak balik awal baliklah.

so aku dengan tak beli tiket lagi. tapi aku dah standbye dah petang lepas kerja mmg nak pergi TBS lah kot2 ada tiket yang masih ada (jangan harap). sebab aku ingat nak balik sabtu pagi tapi bila fikir burn gitu jer setengah hari untuk balik kampung. sebab tu aku tak beli tiket awal awal. kalau tak dah lama dah aku beli online. so bila boss kata boleh balik awal dalam kul 12pm aku dah gerak dari KLCC. sampai TBS lebih kurang 1.15pm ke apa macam tu lah.. ke pukul 1pm. tak ingat plak.

pergilah kat kiosk memang semua tiket balik BP dah habis dah.. aiyoo... entah mcm mana gatal plak tangan aku ni pergi click menghala ke Melaka. dan dan ada pukul 1.30pm kot. aku pun bantai beli RM10 jee harga tiket tu. terus turun platform. then tak lama bus Metro sampai. sampai dalam bus adalah 5 orang jer yang naik. giler sikit wei...hahah

so aku tanya kakak depan aku kalau dari Melaka ada tak bus ke Batu Pahat? setahu aku adalah kot. sebab aku try nak beli online dari melaka ke batu Pahat masa dalam bus tu. tapi semua not found katanya.. kakak tu pun macam tak pasti... aku ni sebenarnya elegik kalau tanya orang orang balas tak tahu. sebab kebiasaanya kalau orang tanya aku, aku akan cuba gak nak menolong. tak tahu kenapa macam tu yer?

so kiranya aku main hentam jerlah ada bus ke takde bus ke belakang kira. pastu aku tak cakap pun dengan mak aku naik bus ke Melaka. so sampai melaka dalam pukul 3pm lebih sebab biasalah jem. melaka banyak traffic light wei..huuhuh

so sampai kat Melaka. rasa lost sikit sebab tak pernah lah jejak bus stand dia. so pergilah ke kaunter bus Orchid. nasib lah ada tiket bus walau pukul 6PM. jenuhlah ai menunggu sambil makan ayam goreng McD.. sampai Batu Pahat dalam pukul 8.30pm. kalau nak naik bus memanglah tak tahu bus coastal yang tempatan tu last trip pukul berapa.

so, dengan muka tebal aku pergi tanya semua kaunter yg bus ke pontian. pukul berapa trip bus yang akan singgah di Bus stand batu pahat. so aku pun jenuhlah tunggu kat luar tempat diorang biasa turunkan penumpang. then bila ada satu bus Mayang Sari berhentikan penumpang. so, tanyalah dengan driver boleh tak turun sampai Benut. nasib driver tu okey. aku boleh jer suruh Abah ambik. aku ni sejenis yang suka berdikari wei. klu benda tu easy measy dan aku boleh buat aku buat jer sendiri. so lepas ni maybelah aku akan buat trip macam ni bila tiket habis sebelum ni pernah gak tiket habis aku bantai beli tiket ke kluang... alhamdulillah sampai dengan selamat... :)


Thursday, February 16, 2012

.......

Penat...
sakit hati..

cuma harap pelangi itu akan hadir balik... benci sket... tapi xmarah banyak...

Tuesday, October 11, 2011

Bodoh sebab tak paham… survey berasmara..





Lama dah tak mencoret disini. Cewah.. macamlah kau kaki menulis kan? Heheheh kisah bermula pada seminggu yang lepas kot. Sebab orang panggil kau bodoh. Mungkin secara tak sengaja atau disengajakan. Entah tak pastilah. Sebab telinga nie masih belum pekak lagi. Tapi tulah mungkin kesilapan teknikal kot???

Bermulalah cerita tak angkat call. Dan tak balas sms. Yer memang aku kecik hati. Walau kekadang aku nie jenis orang yang malas nak layan sangat benda-benda yang mengecilkan hati. Tapi hari tu aku memang kecik hati sangat-sangat. Aku taulah aku nie jenis blur dan kekadang kena banyak kali cakap barulah nak paham. Sudahnya episode berlari-lari mengelakkan diri dari beliau. Tapi aku bukan jenis dendam kesumat sampai nak santau balik beliau. Tak pun. Aku okey jer keesokan harinya. Tapi bila terserempak dengan beliau aku jadi gelabah. Sebab aku tak boleh nak reaksi yang biasa-biasa. So, aku pun mengelak-ngelak. Beliau call banyak kali pun aku tak angkat. Cuma ada sekali jer aku balas meseg beliau.



-Orang bodoh memang tak pandai angkat call-



Pastu beliau pun paham kenapa aku tak angkat call semua. Aku satu jer kalau aku tengah marah atau kecik hati aku memang tak boleh nak cakap dengan orang berkenaan. Bukan sebab aku ngengada ker apa. Taaaaaakkk okey.. tapi bagi aku setiap orang kene melalui proses untuk memulihkan ‘keadaan’ menjadi sediakala ialah perlukan masa kan?



Pagi beliau menghantar sms untuk sekian kalinya..



-don’t sulk for too loooong ok?-



Pagi-pagi buta okey. Aku pulak mata jenis yang tak boleh pakai sikit.. SULK tu aku boleh baca SUCK..! 1st baca jer rasa berangin jer. Pehal mamat nie pagi-pagi melucah nie..? kali kedua untuk double confirmkan ialah SULK ok bukan SUCKKKKK… pergi sekolah balik okey??? Aku pon dah pikir macam-macam dah. Ah! Sudah kang dia pikir aku nie gedik sangat nak merajuk-merajuk bagai walhal keadaannya bukan macam tu. Last-last aku hantar meseg balas jer. Sebab aku taknak nanti jadi lain pulak..



- kosong-kosong okey..?-



Dah settle… kekadang kita sebagai manusia selalu pemikiran tak sama macam apa yang orang lain fikirkan kan? Ye ker?



****************



Berbalik pada cerita lain pulak. Hari tu.. eh bukan… minggu lepas da.. aku ada apply survey kat internet. Lebih kurang macam discussion group lah kan.. lama jugaklah menunggu. Membe yang apply gak dah pon di telefon. Aku pulak? Miss call jer sebab time tu aku kat opis g toilet tak bawak henpon. Aku pulak bukan jenis nak return call no yang tak dikenali kan? Giler rajinlah kalau aku buat macam tu..heheheheh



Hancur berkecailah harapan nak dapat RM120. aku budget mesti membe Yang dapat. Tup-tup hari tue aku dapat call dari kompeni survey tersebut.. tapi yang kelakarnya.. masa sesi soal jawab ditelefon tu.. ada sekali lelaki cina nie pelat sikit. Sebab dia Tanya aku prefer nak cakap BM or BI. Pastu aku katalah cakap melayu jerlah..mula-mula cantiklah dia Tanya soalan aku jawab. Dia Tanya aku jawab. Pastu ada satu soalan tu dia nak cakap perkataan ‘bersama’ tapi jadi ‘berasmara’ aku masa tu macam blur-blur sikit. Berasmara? Biar betul soalan yang ditanya tu kan? Pastu encik cina tu pun tergagap nak betulkan balik ayat beliau. Aku masa tu dah gelak tapi gelak coverlah. Aku dengar dia pun gelak jugak. Aku budget percakapan kami tu dirakam kot. Sebab tulah sangat-sangat sopan dan penuh ketatasusilaan ayat-ayat beliau. Tapi tulah dalam sopan-sopan dah jadi tak sopan pulak sebab terkeluar perkataan berasmara tu…hahahhahahaha



Dalam pukul 12 tengah hari. Orang survey tu call balik. Tapi kali nie perempuan pulak yang call. Masa soal jawab pertama tu aku memang cakap lebih banyak masuk KFC dari yang lain-lain. Tapi bila kali kedua nie orang nie asyik Tanya pasal Pizza Hut jer. Pastu aku tanyalah..

“KFC macam mana pulak..?”

Orang tu boleh gelak dengan pertanyaan aku siot. Soalan aku tu bodoh sangat kot..heheheh so ahad nie kenalah attend survey tu kat Mid Valley…ehehehhe alhamdulillah..:) Masa survey tu.. aku tak dapat masuk tapi still dapat token RM120... hahahhaha kau ada???

Monday, August 22, 2011

Kiosk Screen Touch..


Hari nie pergi HQ sebab nak beli RFQ dan check RFQ baru. Masa tengah menghadap papan board nak tulis No RFQ dan orang yang created RFQ. Pastu si staff nama dia En.Z lalu sebelah aku..



“Hai, cik Liza..”

“owh hai..”



Masa nie dalam hati dah kata “Eh ingat plak nama aku kan..?” al maklum aku kalau datang sini tak ramai orang yang aku boleh nak beramah mesra. Adalah beberapa kerat jer. Tu pon staff2 kat sini. Dengan supplier lain adalah sorang dua jer kot.. Kau pulak jenis tak mesra alam. So kalau datang sini semua buat sendiri. Kalau tak tahu mesti aku tebalkan muka nak Tanya orang. Kau ada??



“You dah tengok kat semua board..?”

“Yup sudah..” sambil tangan menyalin kat borang pembelian.. pastu dia sambung lagik..



“Bukan dekat board nie jer tau.. You boleh tengok kat TV kat dalam dan jugak dekat kiosk tu..”

Sambil jari tunding jari kat mesin kiosk sebelah pintu bahagian kewangan tersebut..

“Owh.. ok..” angguk tanda tahu.

Dia sambung cakap lagi..

“sebab kadang-kadang pihak kami tak tampal kat board so you boleh tengok kat kiosk tu untuk lebih banyak RFQ lagi..”

Lepas dia pergi aku pergilah kat kiosk tersebut. Baru aku tahu yang mesin nie berfungsi rupanya. Aku ingat takder fungsi apa-apa. Hahaahah patutlah kekadang aku tengok ada jer orang ngadap benda nie… hahahhaha



Lepas bayar dan sesi menunggu untuk RFQ di print. So aku keluar kejap pergi nak ‘belajar’ kat mesin kiosk tersebut. Sambil berdiri. Sekali touch screen pulak. Pulak tu susah giler bila ada RFQ yang banyak pages. Kene tekan next-next. Setiap kali aku nak tekan next mesti dia tak boleh. Giler punya hangin. Cuba banyak kali baru boleh. Bila dah siap snap semua RFQ kat henpon. Sebab aku jenis malas nak menyalin..heheheh baru aku tahu ada dua or tiga orang jugak  menunggu kat belakang. Masa tu kau feeling-feeeling oasis mesin kiosk tu kau sorang yang punya kan??  Adess.. malu dowh.. tapi nak buat macam mana hidup kene diteruskan…hahahhaha

Friday, August 19, 2011

Hadiah bagai sebunjut pocong tak siap…






Hari tue pergi HQ. dah habis semua kerja kat situ. Terus nak balik opis. Masa nak turun bawah..



“hey..!”



Toleh..

Owh bila masa lak dia nie ada kan? Maybe dia kat opis dalam kot. Aku pulak Cuma kat papan board luar jer..



“Tunggu kejap ek.. nanti tunggu kat lobi bawah..”

“lobi..??”

“erk.. maksud kat bawah kat receptionist tu..”

“owh… ok..”



Adalah dekat seminit lebih tunggu baru dia muncul..



“kejap..”



Dengan ekor mata just tengok jer dia ke kereta dan datang semula kat tempat aku berdiri.. giler malas kan aku?? Hehehhee



Sebunjut plastic berbentuk seperti hamper ‘kecik’ diserah kat aku..



“Apa nie..?” aku Tanya dengan bodoh

“lama dah nak bagi tapi asyik tak terbagi..”

“owh ye ker..? terima kasih..”



Aku anggap sendiri yang tu hadiah hari jadi kot? Malas nak Tanya banyak-banyak..



‘Nak balik dah..? nak I hantar ker..?”

“eh!.. takper.. saya boleh naik komuter..”



Dan kami bawa haluan masing-masing..



Sampai di stesen KL sentral aku masuk tandas kat foodcourt. Terus buka bungkusan yang macam hantu pocong tak siap tu.. dan ‘kotak pink kartun’ tu aku bukak.. memang senyum meleret lah kan.. di usia kau yang hampir-hampir nak cecah 30 nie. Orang masih nak bagi benda yang mcm nie.. tapi sebenarnya aku suka. Sebab aku memang suka kartun-kartun dulu kini dan selamanya.. hahahahah thanks bebanyakkkkkkk…

Wednesday, August 10, 2011

Tipikal Melayu..

Tipikal melayu yang suka jaga tepi kain orang. kain sendiri koyak pun tak boleh nak jahit...







sad...

Wednesday, August 3, 2011

Batang di Microsoft Word...

Semalam ada teman bertanya mengenai word di telefon.

Si Anu : "Nak minta tolong.. aku nak wat guna Microsoft word nie tapi aku taknak page yang 2nd tu mcm mana nak buang"
Si Ani : "owh kau pergi kat 2nd page then tekan backspace. buat pelan-pelan"
Si Anu : Macam mana tu.."

aku punya BM kekadng memang teruk sikit. jadi cara aku nak xplain benda tu mungkin bunyi lagilah orang tak paham kan?

Si Ani : "Kau letak cursor kat 2nd page tu pastu ko nampak batang tak?" (Merujuk pada klip2 garisan sebelum kita menaip)
Si Anu : "Batang???? apa nie tak paham lah..

Last-last... aku suruh dia type apa-apa jer kat 2nd page tu then suruh dia backspace. ha.. boleh pun.. aku tak sangka aku leh guna ayat batang tu kat Microsoft word. hancur giler BM kau..

Friday, July 29, 2011

Bola Oh Bola...

sapa suka tengok bola? aku? memang taklah kan.. pasal bola pun tak paham.. tapi adalah si anu nie. maybe dia ingat aku nie jenis pompuan yang mungkin akan suka atau kaki bola. tak tahu tang mana kat muka aku nie yang ada chop "Saya kaki bola"..

tak cukup kalau terserempak dengan dia di HQ. sampai ke rumah dengan hamburan meseg-meseg. yah? kamu nie bengong atau sajer nak cari gaduh? kalau tak pun di talian.. belum sempat nak cakap apa-apa di hujung talian sudah ada suara..

"Harimau Malaya..!!!!"

Si Anu : Tengok bila malam nie..?
Si Ani : muka nie? ada macam peminat david beckham ker..?
Si Anu : David Arumugam? Minat tak???

Kalau boleh aku sepak dah lama dah sampai Afrika kot??

kesudahanya korang semua tahu kan? Malaysia kalah jugak...

So?

Meseg si Anu : Baru kuar stadium.. kecewa..
Meseg balasan : Mesti sebab KFC Holding kena sumpahan akibat curang..

Hari ini sudah tidak mendengar lagi cerita-cerita pasal bola yang bosan itu...heha

Wednesday, July 27, 2011

BerrY BerrY...

Masa kau nak keluar makanlah kau buat hal kau tak mahu keluar. jenuh termenung kat bilik kecik. Sampai hati kau buat macam nie. punyalah aku tahan sampai kat kedai makan. dah tak lalu dah nak makan sangat. macam gampang giler ah!  like home girls cant catch shit if it drops!

Wednesday, July 13, 2011

Menangis Itu Perlu tau......

Masa balik kampung hari tu. kesian pakcik eksiden. agak teruk jugalah tapi tang muka je. lain-lain just luka-luka. teruk kat mukalah hampir 90% dah lain.. bertabahlah.. pagi-pagi masa lepas mandi then tengok lah TV jap. kelihatan kat kerusi malas mak sedang tutup muka masa tengok kat dia..

"Mak ni kenapa..?"

aku tengok kat mak Usu. masa tu memang nampaklah mak tengah nangis kan?

"Mak kenapa Mak Usu..?"

"Abah pukul.."

memang tak lah kan bapak aku nak pukul-pukul..hahhaha owh nak tahu rupa-rupanya sebab abang dia eksiden. Mak memanglah agak berjiwa sensitif sket. entahlah.. malas nak layan..hehehe

Kalau time kenduri jer mesti paling suka. sebab boleh makan sambal goreng. kau Ada?

aku walau kategori nie orang yang cakap. bukan aku yer.. :p kurus. tapi aku tahu aku dah gemuk sekarang. jadi kalau bab-bab melantak time kenduri berapa kali nak makan pun tak ingat. ada saka mungkin? ha? itu bukan aku yang makan okey tapi orang lain...hehehehe

Mak Kata..

"Kau nie asyik makan jer tau.."

Aku jawab..

"Sekurang-kurangnya tak menangis mak.."

satu cubitan pun kena kat bahu..

Sakit? ha, tulah.. main-main lagi dengan orang tua..

Thursday, June 23, 2011

Idea Si Pemalas...

Okey mula-mula bila terpandang situasi mungkinlah.. yer mungkinlah.. oklah katakanlah yang kau memang sedang perasan yang itu datang dari kau.. eheh


Okey mula-mula masa ganti kerja 'pakcik' yang sebelum tu. dia dah pesan klu dekat HQ jangan bawa kamera. segala RFQ kene tulis dengan tangan. owh! giler rajin kau nak tulis sampai lebam ka?


jadi mula-mula mengambil alih tugas 'pakcik' yang dah resign tu. dengan naif. ikut jer apa yang pakcik tu cakap. dia kata kat HQ tu ada CCTV. giler canggih kan ada CCTV. kau ada?


mula-mula gigih lah jugak salin segala bapak RFQ. sampai kebas tangan kau dibuatnya. tapi last-last sebab kau nie jenis pemalas jadi engkau pun mulalah buat ingkar. kau bawak jugak kamera. sebab ada teknologi kau tak guna. kau tak payah hidup zaman ni lah.. :p


masa pertama kali tu. takut-takut jugak nak buat macam tu. yerlah kang kena marah ker apa. takut jugak klu ada CCTV. tapi macam takder jugak. tapi sebab kau taknak tangan kau kebas dan lebam nak menyalin. kau pun snap-snap guna cam. sampai opis kau salin balik. Boleh?


Tapi, sekarang nie bila kau pergi HQ kau akan tersenyum sebab masa mula-mula kau datang takde sapa pun yang buat macam tu. semua orang RAJIN menulis gamaknya.. sekurang2nya kau boleh senyum bila 'kemalasan' kau tu sebenarnya bagus jugak... p

Monday, June 13, 2011

Lagu Besday.. Kekadang ada jugak yang best-best kan?

Ni ada beberapa teman post di wall.. tak sangka ada lagu0lagu besday yang best..hehehhe


Lagu nie aku pernah dengar masa tengok cerita gila-gila pengantin remaja. babak zed zaidi akan nangis bila dengar lagu nie. serius! tak tahu lagu nie memang wujud! TQ yang tukang beri lagu nie. kalau tak sampai bila pun tak tahu..p


Lagu nie best. hahahaha.. 1st time dengar.. TQ sahabat..:)

Arigato Goizaimas … =)

Masih dalam kondisi sedikit demam dan selesema. Apa pun syukur Alhamdulillah masih mampu bernafas dan melihat dunia untuk sekian kalinya..=) bermula dari tadi malam masih berkira-kira mahu menghantar meseg pada seseorang. Tetapi disebabkan ketidakyakinan adakah betul tarikh lahir beliau 2 hari sebelum tarikh lahir sendiri. Lastnya tidak menghantar apa-apa meseg pun. Sebab mcm malas sebab dah lama tak berhubung, jadi mcm rasa tak seronok kalau perempuan dulu yang nak Tanya khabar? Tapi sedikit tersenyum bila henpon maxis itu dimasuki meseg.. hahahaha… kekadang mungkin betul.. orang kata kalau kita ingat kat orang tu, orang akan ingat kat kita? Owh.. tak boleh belah.. sampai pukul 11 lebih jugak berchating di YM sebab beliau nun jauh diselatan..  bersambung pula di meseg. Dan berlarutan meseg-meseg facebook ucapan hari lahir. Terima kasih banyak-banyak..(^_^)



Tiada yang istimewa pun. Sebab selalunya jarang nak mengharapkan apa-apa seperti tahun sebelumnya. Ucapan dari abah jer. Mak? Mungkin dia lupa atau sebab dia buat-buat lupa masa besday mak ritu tak ucap apa-apa pada dia.. heheheh Cuma mungkin sedikit terkejut tengah hari ini. Sebab tiba-tiba jer dapat panggilan dari seorang teman.. sebenarnya dah lama dah tak berhubung. Bukanlah rapat sangat Cuma mengenalinya semasa ada urusan kerja. Itu sahaja.

“I otw nak ambik u kat ofis nie..”

“Ha? Nak buat apa..?”

“U pukul 12.30 Lunch kan..?”

“A’ah..”

Bila letak telefon tu rasa macam aku yang mimpi ker dia yang bermimpi nie..? tetiba je muncul takde ribut takde apa.. tetiba jer nervous aku datang. Mulalah rasa mcm nak ke toilet jer… heheheeh sampai masa aku tunggu kat bawah opis. Yah.. sangat tepat masa ini orang…:p

Masa dalam kereta tu..

“Area Sini ada kedai kek ker..?”

Ada.. kat area pearl point sana..”

Sampai kat kedai kek KING’s.. Masa tu aku mcm blur tahap dewa ketujuh lah.. duduk diam-diam jer dalam kereta. Sampailah segala urusan beliau habis dalam kedai kek tu. Masa dah selesai semua tu nak gerak..

“Area sini ada Pizza atau KFC ker..?”

Ada.. kat Kuchai Lama..”

Tak payah tunjuk jalan tahu pulak arah jalannya.. so, aku rasa macam tak puas hatilah kan. Macam takde ribut takde apa. Pastu tetiba muncul & datang. Sooooooooooooooo pelik okey…

“Awak nie kenapa sebenarnya hari nie..?”

“Sapa? Saya ker..?”

“Yerlah.. ada orang lain ke dalam kereta nie..?”

Aku dah lah demam dengan selesema pastu nak menghadap situasi yang macam blur-blur plak.. yer.. sekurang2nya aku kena tahu jugak kenapa tetiba jer datang & muncul macam tu kan. Bukan ker pelik benor situasinya kan..?

“Apa-apa kita makan dulu okey..?”

Sampai di Pizza Hut Kuchai lama. Mula-mula rasa macam nak makan KFC tapi sebab fikir dah lama tak makan Pizza jadi aku pilih Pizza jerlah..:) mencari tempat duduk ditepi tingkap. Terang sket sebab aku suka tempat yang terang dan meja yang luas sedikit …huhuhu

“Besday awak hari nie ker..?”

Aku bertanya sebab aku tak tahu nak borak pasal apa. Lebih lagi apabila beliau buka kotak kek tu..

“U ni kadang-kadang bendul & blur jugak yer..?”

*Terpinga*

“Habis tu..?”

Ada manusia beli kek untuk besday sendiri ker..?”

Ada kot..?”

Masa tu memang aku takderlah fikir apa-apa sangat. Lagipun dalam kondisi demam otak memang takkan berfungsi dengan baik. Masa beliau hulur pisau kek kat aku. Yah.. masa tu baru teringat. Hari nie hari lahir aku yah? Bodohnya & bebal giler aku hari ini. Yerlah.. aku pun macam tak sangkalah kan.. orang yang kau tak rapat tetiba ingat hari lahir kau. Ia macam satu keajaiban tau tak.. tapi.. takperlah aku dah biasa dalam bab-bab situasi bodoh bila keluar dengan lelaki..:p

Tapi sebab aku tak puas hati macam mana dia tahu hari lahir aku. Sampai beliau naik bosan tapi aku masih tak dapat jawapan jugak..  aku tak pernah bagi FB aku atau apa-apa jerlah.. tapi aku dapat klue bila beliau kata..

-Macamlah tak boleh tengok besday orang lain kat internet kan?-

Owh haruslah aku kene belek satu-satu senarai kawan di FB yang kekadang tiada pernah bertapis tu.. Ouch!

apa pun kepada beliau.. Arigato Goizaimas.. sangat terharu..=)

Monday, May 16, 2011

Piknik!!

Hari ahad semalam. kami piknik kat titiwangsa pastu pergi ke Tasik Perdana. Malas nak tulis banyak-banyak.. tengok gambar jerlah ek..? hehhehehe Kredit gambar rakan FB.. TQ!







Tuesday, April 12, 2011

Perut yang senak.. tapi gigih merayap jugak..


Disaat menahan sakit perut tapi masih boleh mengukir senyuman lagik...heheheh pe pun sangat enjoy ngan korang malam tadi.. Cik Suzu, kami akan merindui kamu. sebab kamu dah balik JB hari ini..