music

Wednesday, July 12, 2017

Bila Tiket Habis..

ok hari ni rasanya nak menulis lah sket nak share story... ni cerita sebelum raya kalau tak silap sebab time tu aku sempat beli McD ayam. nak dijadikan cerita hari jumaat ritu company aku ada join venture jadahnya ada event 3 hari kat KLCC. so aku salah sorang yang kena jaga booth kat sana. so masa last day event tu. hari jumaat my boss kata. kalau nak balik awal baliklah.

so aku dengan tak beli tiket lagi. tapi aku dah standbye dah petang lepas kerja mmg nak pergi TBS lah kot2 ada tiket yang masih ada (jangan harap). sebab aku ingat nak balik sabtu pagi tapi bila fikir burn gitu jer setengah hari untuk balik kampung. sebab tu aku tak beli tiket awal awal. kalau tak dah lama dah aku beli online. so bila boss kata boleh balik awal dalam kul 12pm aku dah gerak dari KLCC. sampai TBS lebih kurang 1.15pm ke apa macam tu lah.. ke pukul 1pm. tak ingat plak.

pergilah kat kiosk memang semua tiket balik BP dah habis dah.. aiyoo... entah mcm mana gatal plak tangan aku ni pergi click menghala ke Melaka. dan dan ada pukul 1.30pm kot. aku pun bantai beli RM10 jee harga tiket tu. terus turun platform. then tak lama bus Metro sampai. sampai dalam bus adalah 5 orang jer yang naik. giler sikit wei...hahah

so aku tanya kakak depan aku kalau dari Melaka ada tak bus ke Batu Pahat? setahu aku adalah kot. sebab aku try nak beli online dari melaka ke batu Pahat masa dalam bus tu. tapi semua not found katanya.. kakak tu pun macam tak pasti... aku ni sebenarnya elegik kalau tanya orang orang balas tak tahu. sebab kebiasaanya kalau orang tanya aku, aku akan cuba gak nak menolong. tak tahu kenapa macam tu yer?

so kiranya aku main hentam jerlah ada bus ke takde bus ke belakang kira. pastu aku tak cakap pun dengan mak aku naik bus ke Melaka. so sampai melaka dalam pukul 3pm lebih sebab biasalah jem. melaka banyak traffic light wei..huuhuh

so sampai kat Melaka. rasa lost sikit sebab tak pernah lah jejak bus stand dia. so pergilah ke kaunter bus Orchid. nasib lah ada tiket bus walau pukul 6PM. jenuhlah ai menunggu sambil makan ayam goreng McD.. sampai Batu Pahat dalam pukul 8.30pm. kalau nak naik bus memanglah tak tahu bus coastal yang tempatan tu last trip pukul berapa.

so, dengan muka tebal aku pergi tanya semua kaunter yg bus ke pontian. pukul berapa trip bus yang akan singgah di Bus stand batu pahat. so aku pun jenuhlah tunggu kat luar tempat diorang biasa turunkan penumpang. then bila ada satu bus Mayang Sari berhentikan penumpang. so, tanyalah dengan driver boleh tak turun sampai Benut. nasib driver tu okey. aku boleh jer suruh Abah ambik. aku ni sejenis yang suka berdikari wei. klu benda tu easy measy dan aku boleh buat aku buat jer sendiri. so lepas ni maybelah aku akan buat trip macam ni bila tiket habis sebelum ni pernah gak tiket habis aku bantai beli tiket ke kluang... alhamdulillah sampai dengan selamat... :)


No comments: