Wishing u a day soft as silk.....
white as milk.....
sweet as honey ..
may all ur dreams come true....
HAPPY BIRTH DAY ..
Wednesday, December 16, 2009
Hapy Besday To u ..
Posted by Duniaku at 2:35 PM 0 comments
Friday, December 11, 2009
When u look into a mirror..
Do u like wat u see?
Heheheh.. entry xder kena mengena pon ngan tajuk..hahahha
Okey2.. agak malas nak menulis. Just cerita bersama dengan gambar boleh?
Sekitar majlis pertunangan sepupu aku..Ngeh..Ngeh..Ngeh..
Dimulai dengan hantaran cik kak nie..
*kek nie comel banget... ...=)
Satu2nya hasil kerja tangan aku..hehheh.. ambik berkat...=p
Nilah bakal isteri orang tu? heheheh.... comel x?
Nie baru betul bakal jadi isteri org tu...hehehehe
a>
Posted by Duniaku at 9:40 AM 0 comments
Wednesday, November 25, 2009
KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI....
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Posted by Duniaku at 10:03 AM 0 comments
Tuesday, November 17, 2009
Orang pandai beza dengan orang kurang cerdik..
Berdiskusi...
tentang sesuatu.. yerlah sebab dia lebih pandai dari aku kan?
mestilah dia tersangat bagus kekdahnya..
tapi rini.. tanya soklan yang aku rasa sangat mudah untuk dijawap..
bukan niat nak mengejek atau apa..
kekadang lumrah lelaki yg 'pandai' sket dari pompuan nie kan?
jadi buat orang tu janganlah selalu memandang enteng kat orang lain..
bersikap angkuh + megah..
kekadang aku pk..
degree in education tak melambangkan degree in life...? huh?
Posted by Duniaku at 11:19 AM 0 comments
Sunday, November 15, 2009
Sakit Itu Penghapus dosa..
Betul ker?
itu ustaz aku pernah cakap dulu. xtahulah kot2 sebab aku dah lupa then aku terputar belitkan plak kan? huhuhu
sakit itu datang lagi. walau sedikit demam. sebab tonsil bengkak then dia terjangkit sampai kat gusi. nak makan pon susah wooo...
kena makan bubur sajork..huhu
tapi gigih jugak menghadap laptop... wei..wei..wei.. bukan layan game
tapi layan muvie okey..
start dari citer just follow law sampailah ker slumdog millionaire..
gigih seperti biasa rutin duduk rumah makan2 sajork. aku pun xsihat.. so wat pe nak kuar2 kan? huhuhu walau dah kurang sket sakit nie.. tapi harap cepat sembuh lah..
maybe aku bukan type org yg suka nak ngadu kat mak. kekadang klu aku demam sangat teruk pon aku xcakap pun kat mak. kekadang terkantoi gak bila mak call tetiba suara aku yg sakit tu..huhuhu sebab aku xnak susahkan hati mak n abah. dah lah jauh then dia tau lak anak dia sakit mesti a lagi susah hati. sebab mak aku tu dia cepat sangat risau aka feeling2 oasis. sebab tu kot aku dah terbiasa buat semua benda sorang2.. mungkin sebab tu orang nampak aku ego. cuma mungkin dalam konteks lain orang xpaham apa yg aku cuba sampaikan. iaitu aku 'xnak susahkan orang'. sebab tu dulu ex aku pernah cakap. dia xperlu risau klu aku tercampak kat mana2. sebab walau tengok luaran aku nie mcm lembik2 aka penakut gitew tapi kekadang xderlah mcm luaran pon. bleh kan dia cakap kat awek dia mcm nie? sebab tu bila aku jatuh sakit ker apa ker. aku jarang merungut atau merengek dekat dia. tau2 bila dia call jer aku tengah demam... hahahah sebab tu kekadang maybe orang xbanyak paham aku nie jenis mcm mana. kategori ego tu sangat luas sebenarnya. kekadang bukan sebab ego tapi lebih kepada alasan lain. sapalah kita nak bagi orang lain paham kan?? adakah kita nak menjadi pelakon yang 'baik' dalam lakonan tetapi 'jahat' dalam realiti? atau kita nak jadi pelakon 'jahat' dalam lakonan tetapi 'baik' dalam realiti?? terpulanglah pada masing2 kan? depan kita ada kain warna putih.. pandai2lah nak corakkan ia..
Posted by Duniaku at 12:20 PM 0 comments

