music

Monday, June 13, 2011

Arigato Goizaimas … =)

Masih dalam kondisi sedikit demam dan selesema. Apa pun syukur Alhamdulillah masih mampu bernafas dan melihat dunia untuk sekian kalinya..=) bermula dari tadi malam masih berkira-kira mahu menghantar meseg pada seseorang. Tetapi disebabkan ketidakyakinan adakah betul tarikh lahir beliau 2 hari sebelum tarikh lahir sendiri. Lastnya tidak menghantar apa-apa meseg pun. Sebab mcm malas sebab dah lama tak berhubung, jadi mcm rasa tak seronok kalau perempuan dulu yang nak Tanya khabar? Tapi sedikit tersenyum bila henpon maxis itu dimasuki meseg.. hahahaha… kekadang mungkin betul.. orang kata kalau kita ingat kat orang tu, orang akan ingat kat kita? Owh.. tak boleh belah.. sampai pukul 11 lebih jugak berchating di YM sebab beliau nun jauh diselatan..  bersambung pula di meseg. Dan berlarutan meseg-meseg facebook ucapan hari lahir. Terima kasih banyak-banyak..(^_^)



Tiada yang istimewa pun. Sebab selalunya jarang nak mengharapkan apa-apa seperti tahun sebelumnya. Ucapan dari abah jer. Mak? Mungkin dia lupa atau sebab dia buat-buat lupa masa besday mak ritu tak ucap apa-apa pada dia.. heheheh Cuma mungkin sedikit terkejut tengah hari ini. Sebab tiba-tiba jer dapat panggilan dari seorang teman.. sebenarnya dah lama dah tak berhubung. Bukanlah rapat sangat Cuma mengenalinya semasa ada urusan kerja. Itu sahaja.

“I otw nak ambik u kat ofis nie..”

“Ha? Nak buat apa..?”

“U pukul 12.30 Lunch kan..?”

“A’ah..”

Bila letak telefon tu rasa macam aku yang mimpi ker dia yang bermimpi nie..? tetiba je muncul takde ribut takde apa.. tetiba jer nervous aku datang. Mulalah rasa mcm nak ke toilet jer… heheheeh sampai masa aku tunggu kat bawah opis. Yah.. sangat tepat masa ini orang…:p

Masa dalam kereta tu..

“Area Sini ada kedai kek ker..?”

Ada.. kat area pearl point sana..”

Sampai kat kedai kek KING’s.. Masa tu aku mcm blur tahap dewa ketujuh lah.. duduk diam-diam jer dalam kereta. Sampailah segala urusan beliau habis dalam kedai kek tu. Masa dah selesai semua tu nak gerak..

“Area sini ada Pizza atau KFC ker..?”

Ada.. kat Kuchai Lama..”

Tak payah tunjuk jalan tahu pulak arah jalannya.. so, aku rasa macam tak puas hatilah kan. Macam takde ribut takde apa. Pastu tetiba muncul & datang. Sooooooooooooooo pelik okey…

“Awak nie kenapa sebenarnya hari nie..?”

“Sapa? Saya ker..?”

“Yerlah.. ada orang lain ke dalam kereta nie..?”

Aku dah lah demam dengan selesema pastu nak menghadap situasi yang macam blur-blur plak.. yer.. sekurang2nya aku kena tahu jugak kenapa tetiba jer datang & muncul macam tu kan. Bukan ker pelik benor situasinya kan..?

“Apa-apa kita makan dulu okey..?”

Sampai di Pizza Hut Kuchai lama. Mula-mula rasa macam nak makan KFC tapi sebab fikir dah lama tak makan Pizza jadi aku pilih Pizza jerlah..:) mencari tempat duduk ditepi tingkap. Terang sket sebab aku suka tempat yang terang dan meja yang luas sedikit …huhuhu

“Besday awak hari nie ker..?”

Aku bertanya sebab aku tak tahu nak borak pasal apa. Lebih lagi apabila beliau buka kotak kek tu..

“U ni kadang-kadang bendul & blur jugak yer..?”

*Terpinga*

“Habis tu..?”

Ada manusia beli kek untuk besday sendiri ker..?”

Ada kot..?”

Masa tu memang aku takderlah fikir apa-apa sangat. Lagipun dalam kondisi demam otak memang takkan berfungsi dengan baik. Masa beliau hulur pisau kek kat aku. Yah.. masa tu baru teringat. Hari nie hari lahir aku yah? Bodohnya & bebal giler aku hari ini. Yerlah.. aku pun macam tak sangkalah kan.. orang yang kau tak rapat tetiba ingat hari lahir kau. Ia macam satu keajaiban tau tak.. tapi.. takperlah aku dah biasa dalam bab-bab situasi bodoh bila keluar dengan lelaki..:p

Tapi sebab aku tak puas hati macam mana dia tahu hari lahir aku. Sampai beliau naik bosan tapi aku masih tak dapat jawapan jugak..  aku tak pernah bagi FB aku atau apa-apa jerlah.. tapi aku dapat klue bila beliau kata..

-Macamlah tak boleh tengok besday orang lain kat internet kan?-

Owh haruslah aku kene belek satu-satu senarai kawan di FB yang kekadang tiada pernah bertapis tu.. Ouch!

apa pun kepada beliau.. Arigato Goizaimas.. sangat terharu..=)

No comments: