okay.
nak cerita pengalaman aku ambil lesen kerata manual.
harga murah jer RM995 kat AMDT senggarang.
masuk kursus bulan 4 2018. ambil periksa komputer minggu hadapannya.
tak baca pun buku yang dia bagi.
aku cuma baca ulang ulang dalam app yang aku download.
alhamdulillah walau tak 50/50
dapatlah jawab 44/50 heheheh
sekali jawab jer tak buat ulangan pun.
selepas tu belajar kelas pertama.
pergh susah siot
dahlah sekarang ni dengan ada RPK/RSM
nak ingat semua tu mcm apa jer.
hari pertama terus kena drive. aku memang takde pengalaman bawa kereta.
memang hancur leburlah...
masa part bukit tu mati enjin. sebab aku xpaham cikgu tu dok suruh RPM tu tekan sampai no.2
dapat pulak kereta viva yang nak pulas tu macam nak mati...hahaha
habis kelas tu mmg aku stress giler ah. takut seriau kalau aku bodoh sangat tak dapat tangkap cikgu ajar..hahaha
so patutnya selang seminggu ada kelas aku tunda ke minggu hadapannya.
sebabnya? tangan aku sakit pulas stereng dengan aku xnak aku stress. (Giler sangat ketakutan tu)
so minggu kedua tu dapat cikgu perempuan.
alhamdulillah dengan cikgu perempuan ni aku lagi paham berbanding cikgu minggu pertama.
sampailah habis minggu ke 7. bolehlah aku bawa kereta dah. tapi sebenarnya aku lagi selesa axia berbanding viva.
so dalam bulan 7 aku ambil Test JPJ 12/07/2018. jam 8am aku dah sampai kat akademi memandu.
kecut perut semua adalah.
angka giliran plak no 39.
yg bestnya sebab ada budak sebelah aku tu siap kata "baru lepas spm ker??"
hello? iol is 36 okay.
bila aku cakap aku 36 barulah dia bahasakan diri "saya" memula tu dia bahasakan diri dia "akak".
bila sampai giliran buar RPK tu buat ramai2 serentak. kes nak jimat masa.
so semua tu ok.
lepas tu tunggu giliran nak naik bukit.
memula tu pegawai JPJ tu suruh buat RSM dulu.
neves jangan ceritalah bila giliran aku naik bukit tu. sampai tengah2 tu. aku boleh tanya pegawai yang jaga atas menara tu. masuk x? hahahha bengong tak aku ni
pastu aku rasa macam masuk sebab sipi sipi kan? pastu konpiden aku kata masuk terus hon & angkat tangan. patutnya aku cakap nak ulang kali ke 2. tapi sebab aku dah hon and angkat tangan so aku terus GSM (gagal serta merta).
so aku xsalahkan JPJ tu pon. tapi aku yg salah paham. patut aku cakap nak buat lagi sekali . tapi sebab aku over konfiden kot. so hambiklah tak lulus litar. heheheh
petang dalam pukul 3.30pm kot baru lah tiba giliran aku ambil jalan raya pulak. aku ingat kalau tak lulus litar tak boleh ambil jalan raya dah. rupanya ambil juga. aku masa tu berkira jer xnak dapat JPJ yg masa aku buat RSM tu. sebab staff kat situ kata dia jenis yg betul betul teliti punya.
sampai giliran aku dapatlah JPJ yg muda gak ler. tinggi, tapi jenis tak senyum. budget hensem kot?
masa aku kat luar kereta nak tunggu turn tu JPJ tu suruh aku masuk dulu. dia pergi ke bilik tempat yang untuk JPJ tu. masa dalam kereta tu doklah ingat RSM saja.
bila dia masuk kereta baru aku teringat borang aku kat tempat duduk belakang. aku toleh tapi tak sampai. so aku keluar kereta buka pintu belakang. baru buka mamat JPJ tu dah ambil borang aku tu.
aku masa tu dah rasa. tak boleh ke nak cakapkan? malu pon ada.
bila masuk tu aku cek Brek tangan, laras tempat duduk, laras tangan kat stereng, cermin. pastu aku nak baca panel isyarat kat board tu. kan ada yang dah xnyala kan. pastu aku nak bacalah semua tu.
pastu JPJ tu kata
"yang xmenyala tu tak payahlah baca.."
gitu serius nak mampos nada dia.
so aku baca isyarat lampu brek tangan jerlah.
pastu aku buat cito.
pastu JPJ tu kata
"terus jalan xpayah buat lain tu"
masa tu dalam hati dah pk gagal ker?
lepas tu masuk gear, tarik handbrake baru nak tekan minyak JPJ tu kata
"eh, kejap..."
aku pon brek mengejut.
dia ni nak buat aku gagal ker apa?
JPJ tu keluar kereta rupanya spek hitam dia atas kereta.
"spek saya.."
pastu aku jawab
"ooo...nasib baik tak jatuh.."
so sepanjang perjalanan permulaan tu kena masuk simpang ke jalan besar.
awal awal aku dah salah signal nak kekanan aku bagi kiri.
mulut aku tak henti kata sorry..sorry...sorry (macam cakap dengan diri sendirilah tapi suara berbunyi)
dalam hati dah pk gagal lah aku ni.
dalam kereta memang xde bersuara pun. aku pon xderlah ringan mulut nak berbual. dah JPJ tu diam aku pon diamlah. tapi dia duduk pun rileklah.. takdelah mcm orang gelabah walau aku bawa ada tersengguk and gear tak masuklah apelah. gear tak masuk ker apa ker dia pun xderlah bebel ker apa ker..
sampai kat pusingan yang stesen minyak tu kena keluar ke jalan raya lagi. aku takutlah mati enjin kan.
pastu masa nak keluar tu masa nak tunggu kereta takde aku pon tarik hand brake semua. nak masuk gear terundur ke belakang sket. pastu aku dah gelabah tak bg signal..
JPJ tu kata
"ni nak belok kiri ke terus ke atau kanan?"
aku toleh kat JPJ tu sekejap. sebenarnya dalam hati aku. aku nak tanya ada ker kena pergi ke jalan B pulak. tapi aku cakap dalam hati jerlah. pastu aku pon jawab :
"ke kiri, eh bukan ke kanan?"
pastu JPJ tu pun kata
"ha, signalnya mana"
aku jawap
"oh sorry, sorry"
pastu kami krik krik lagi
patutnya kena sampai simpang tu kena masuk jalan tu
tapi JPJ tu kata
"terus jer"
aku dah pk mesti gagal ko dahlah chevron tadi dia suruh terus gak...huhuhu
pastu memandulah sampai ke akademi balik. rupanya semua dah lepas so kena parking kereta
JPJ tu cuma kata
"parking sini"
so masa aku berhenti tu nak matikan enjin tarik hand brake free gear tu semua kertas aku tu dia letak atas dashboard jer. tak cakap apa pun. pastu dia terus keluar. dah rasalah. mentang2 aku xlulus kan ko campak jer kertas tu kat situ kan? memang kutuk giler2 lah JPJ tu dalam hati...hahaha perasan hensem agaknya...poyo..
aku tak tengok pun result tu. sebab yakin gagal dah. sbb aku dengar bunyi pen dia masa isi borang tu dok zig zag zig zag banyak kali. byk benor salah aku..hahahah
masa bagi kat staff AMDT tu pastu dicop kertas aku lulus.
hahahaha serius beb macam xcaya. aku rasa JPJ tu bagi markah kesian kot kat aku. hahahah
15 salah. ngam ngam 65 markah.. pastu aku minta maaf dalam hati sebab aku dok kutuk JPJ tu jer. agaknya diorang kan nak cepat balik. kot nak ambik anak ke bini ke kan. sebab tu lah nak cepat balik. lagipun kalau dah petang pun orang dah lesu kot. dekat 50 pelajar nak hadap. tapi bagus juga dia diam jer bercakap bila perlu. sekurangnya dia xganggu fokus aku memandu. hikmah tu beb..
so masa nak pulang semua baju and tag tu jumpalah bebudak lain. ada yg lulus ada yg xlulus. aku rasa baiklah aku xlulus litar dari aku xlulus jalan raya. krem dowh perut aku sepanjang duduk dalam kereta tu.
itulah pengalaman aku ambil lesen.
tapi lesen tak dapat lagilah. tunggu aku lulus litar dulu...heheheh
Da..!
No comments:
Post a Comment