music

Friday, September 26, 2014

Awas!!! Kepada Pemilik Telefon Pintar,Hantar virus ke telefon lesapkan wang

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Awas! Hanya dengan menekan satu klik pada pautan yang dihantar ke telefon pintar menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) atau WhatApps, kesemua wang di dalam akaun bank anda mungkin akan lesap dalam tempoh tidak sampai seminit.

Begitulah taktik terbaharu sindiket penipuan Internet yang dikesan menghantar sejenis virus atau malware dikenali sebagai Zues Trojan ke telefon pintar yang akan mewujudkan satu program baru sekali gus berfungsi sebagai 'pencuri' maklumat bank ketika mangsa melakukan perbankan Internet.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, Datuk Hamza Taib berkata, setakat ini pihaknya telah menerima tujuh kes penipuan seumpama itu sepanjang bulan ini yang melibatkan kerugian kira-kira RM60,000.
 
"Malware ini akan aktif apabila mangsa melakukan daftar masuk ke laman perbankan Internet pada telefon pintar mereka.

"Setelah berjaya daftar masuk, malware ini akan memaparkan pautan palsu yang meminta mangsa memasukkan pelbagai maklumat dan setelah semuanya selesai dalam tempoh kurang seminit, tanpa disedari program terbabit akan bertindak sebagai pencuri maklumat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis JSJK Bukit Aman di sini hari ini.

Hamza berkata, sindiket terbabit dipercayai menghantar virus secara rambang namun majoriti mangsa ketika ini berada di Lembah Klang.

"Nilai kerugian yang paling banyak setakat ini ialah sebanyak RM10,000 yang berlaku di Bukit Merah, Perak," ujarnya.

Menurut beliau lagi, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menggunakan nombor telefon dari luar negara bagi menghantar virus.

Difahamkan, pihak polis turut mengesan seorang pemilik akaun yang menyimpan wang daripada mangsa-mangsa penipuan tersebut sebelum memindahkannya ke luar negara iaitu di Ukraine. 
Dalam pada itu, Hamza menasihati orang ramai yang menggunakan perbankan Internet agar menggunakan perisian anti-virus dan anti-malware serta sentiasa mengemas kini aplikasi tersebut.
"Di samping itu, fikir sebelum memuat turun sebarang fail atau program serta pastikan sumber tersebut adalah yang sebenar," ujarnya.

BADAN DIPENUHI CACING DEK KERANA GEMAR MAKAN SUSHI


China - Sushi, makanan Jepun yang biasanya disajikan bersama kepingan daging mentah, mungkin menggiurkan bagi sesetengah orang. Tapi awas, anda perlu berhati-hati apabila mengambil makanan ini.

Baru-baru ini di China, seorang penggemar sushi di sini telah berhadapan dengan satu keadaan yang menggerunkan apabila dia mendapati bahagian dalaman badannya telah dipenuhi dengan makhluk parasit, cacing pita, kerana memakan terlalu banyak sushi jenis sashami, kepingan ikan mentah.

Doktor percaya yang sushi yang dimakan oleh lelaki itu telah tercemar. Dia kini telah dirawat di hospital di Guandong.

Kajian mendapati memakan kepingan daging mentah atau separa masak boleh mendatangkan jangkitan pelbagai parasit berbahaya kepada manusia.

Dalam kes lelaki diatas, jangkitan cacing pita berlaku setelah dia menelan larva diphyllobothrium yang biasanya boleh ditemui dalam ikan air tawar seperti ikan salmon. Dan walaupun ikan itu diperap atau pun disalai, larva itu masih hidup.

Masalah ini biasanya terjadi di kawasan-kawasan miskin yang mana tahap kebersihan adalah rendah. Namun, kini ia menular ke kawasan bandar kerana sashami semakin popular dalam masyarakat.

Jangkitan ini boleh membawa maut sekiranya ia sampai ke otak

Jin, Iblis Dan Syaitan

Mungkin ada di antara kita masih lagi keliru dengan perbezaan di antara iblis, syaitan dan jin. Walhal para ulama’ sendiri berbincang panjang tentang perbezaan yang wujud di antara iblis, syaitan dan jin. Kita boleh merujuk perbincangan tersebut dalam kita tafsir al-Tabari, al-Qurtubi dan lain-lain. Namun, secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa jin merupakan makhluk Allah yang diberi tanggunjawab memperhambakan diri kepada Allah seumpama manusia.
Firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56 bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Jin
Justeru, jin adalah seumpama manusia dari sudut keimanan dan kekufuran. Oleh itu, terdapat dalam kalangan jin golongan yang Islam, soleh, kafir, fasik, munafik dan sebagainya.
Firman Allah dalam surah al-Jinn ayat 11 bermaksud: Dan sesungguhnya di antara kami (jin) ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. Jin merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 27 bermaksud: Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.”
Iblis
Manakala iblis pula ialah makhluk Allah yang derhaka dari kalangan jin. Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa Iblis adalah daripada jenis jin.
Firman Allah SWT dalam surah al-Kahf ayat 50, bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim.
Syaitan
Manakala syaitan pula adalah golongan yang engkar dari kalangan jin dan manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-An`am ayat 112 bermaksud: Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.
Menurut al-Raghib al-Asfahani dalam Mufradat Alfaz al-Quran, perkataan syaitan bermaksud ‘menjauhkan’. Oleh itu, syaitan terdiri daripada golongan jin dan manusia yang cuba menjauhkan serta menyesatkan hamba Allah daripada memperhambakan diri kepada-Nya dengan digunakan pelbagai cara dan tipu daya. Syaitan dalam kalangan jin ialah anak cucu kepada iblis, dan mereka sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Boleh dikatakan bahawa syaitan anak cucu iblis ini merupakan golongan ‘mafia’ yang engkar dan sesat serta berusaha untuk menyesatkan orang lain. Syaitan berusaha melakukan ‘peperangan’ dengan anak cucu Adam sebagai balas dendam atas pengusiran nenek moyang mereka iblis dari syurga ekoran keengganan untuk sujud pada nabi Adam.
Firman Allah dalam surah al-A`raf ayat 16-17 bermaksud: Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus; “Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”. Menurut Ibn Qayyim maksud “jalan yang lurus” di dalam ayat di atas ialah Islam ialah jalan yang membawa kepada Allah SWT. Ini bersesuaian dengan hadith yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan akan menghalang anak Adam pada semua jalan.
Ibn Qayyim menyatakan lagi: “Jalan yang dilalui oleh manusia hanya empat; kanan, kiri, depan atau belakang. Mana-mana jalan yang dilalui, syaitan sentiasa menunggunya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan ketaatan, syaitan akan menghalangnya dan melambat-lambatkannya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan maksiat, syaitan akan mengalu-alukan dan membantunya. Kalau perlu untuk masuk dari bawah (demi menyesatkan manusia), syaitan pun akan melakukannya“.
Jelaslah bahawa posisi depan dan belakang yang dinyatakan itu memberi gambaran bahawa syaitan akan berusaha untuk menghasut manusia melakukan kejahatan dan menghalang manusia daripada melakukan kebaikan dari segenap penjuru yang ada pada manusia. Bahkan di dalam ayat al-Quran al-Karim yang lain menggambarkan bahawa syaitan akan memerangi habis-habisan untuk menyesatkan manusia dengan menggunakan keupayaan yang ada padanya.

Tuesday, June 10, 2014

Jawatan Kerja PERODUA

Ini Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), adalah pengeluar kereta kedua terbesar di Malaysia selepas Proton. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1992 dan melancarkan kereta pertama mereka, Perodua Kancil pada Ogos 1994. 'M2' telah merujuk kepada nama kod yang telah digunakan apabila projek itu untuk menubuhkan Perodua masih Rahsia Besar. 

Para pemegang saham Perodua ialah UMW Corporation Sdn Bhd dengan 38% kepentingan, Daihatsu Motor Co Ltd (20%), MBM Resources Bhd (20%), PNB Sdn Bhd (10%), Mitsui & Co Ltd (7%) dan Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd (5%).

Jawatan Kerja Terkini 2014 di Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (PERODUA)
Jawatan:

1. Pengawal Keselamatan
2. Executive Service 
3. Operations Executive 
4. Customer Relation Assistant 
5. Penasihat Servis (Body & Paint) 
6. System Engineer 
7. System Engineer (Networking/Server Database) 
8. Admin Assistant Temporary 
9. Mekanik/ Pembantu Mekanik/ Perantis Mekanik 
10. Sales Advisor 
11. Valuation Advisor 
12. Parts Executive 
13. Medical Assistant 
14. Electrical Chargeman B4 
15. Logistics & Production Control Executive 

Tarikh Tutup : 13/06/2014 – 04/07/2014  
 
Jawatan Kerja Terkini 2014 di Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (PERODUA)
  
Matlumat Lanjut dan Cara Memohon
  • Positions / Closing Date

  • Perodua Sales Sdn Bhd
  • Pengawal Keselamatan (Pusat Servis Petaling Jaya)
    Pusat Servis Petaling Jaya SS19 13 Jun 2014
  • Executive
    Sg Choh, Rawang, Selangor 13 Jun 2014
  • Service Operations Executive
    Petaling Jaya 15 Jun 2014
  • Customer Relation Assistant
    Petaling Jaya 15 Jun 2014
  • Administration Executive cum Customer Relation Executive (AE cum CRE)
    Pandan Prima & Jitra Branch 15 Jun 2014
  • Stock Assistant
    Pandan Prima & Kajang Branch 15 Jun 2014
  • Penasihat Servis (Body & Paint)
    Seluruh Malaysia 16 Jun 2014
  • Penasihat Servis
    Seluruh Malaysia 16 Jun 2014
  • System Engineer
    Head Office - Sg Choh, Rawang, Selangor 20 Jun 2014
  • System Engineer (Networking/Server Database)
    Head Office - Sg Choh, Rawang, Selangor 27 Jun 2014
  • Admin Assistant Temporary
    Nationwide 30 Jun 2014
  • Mekanik/ Pembantu Mekanik/ Perantis Mekanik
    Seluruh Malaysia 30 Jun 2014
  • Sales Advisor
    Petaling Jaya Branch 30 Jun 2014
  • Valuation Advisor
    Petaling Jaya 04 Jul 2014
  • Temuduga Terbuka Operator Kontrak (Pengedaran), Setiap Selasa & Khamis - Bangunan Korporat Sg Choh
    Sg Choh, Rawang, Selangor 31 Jul 2014
  • Temuduga Terbuka Operator Kontrak (Alat Ganti), Setiap Selasa & Khamis - Bangunan Korporat Sg Choh
    Head Office - Sg Choh, Rawang, Selangor 31 Jul 2014
  • Executive
    Head Office, Rawang 31 Jul 2014
  • Assistant Manager - Product Strategy
    Head Office, Rawang 31 Jul 2014
  • Parts Executive
    Petaling Jaya 01 Aug 2014
  • Perodua Otomobil Kedua Sdn Bhd
  • Legal Executive / Senior Legal Executive
    Head Office - Sg Choh, Rawang, Selangor 13 Jun 2014
  • Manager
    Head Office, Rawang 31 Jul 2014
  • Perodua Auto Corporation Sdn Bhd
  • Medical Assistant
    Rawang, Selangor 13 Jun 2014
  • Electrical Chargeman B4
    13 Jun 2014
  • Security
    Sg. Choh, Rawang 01 Jul 2014
  • Logistics & Production Control Executive
    Rawang 31 Jul 2014
  • Temuduga Terbuka Operator Pengeluaran, Setiap Hari Sabtu Sepanjang Tahun 2014 (Kecuali Cuti Umum) -
    Rawang 31 Dec 2014
  • Temuduga Terbuka Operator Pengeluaran, Setiap Hari Khamis (Kecuali Cuti Umum), PLC, Perodua Sg Choh
    Rawang 31 Dec 2014

Adam Sandler and Drew Barrymore pair up for their first date (again)…

The blind date of two single parents led their families stuck together on anAfrican vacation. Watch what happens.

LAST CHANCE for you to get FREE seats from AirAsia

Wanna go somewhere? Start planning for your next holiday with AirAsia's FREE Seats Promo before 10 June 2014!
http://bit.ly/1uOsHyl

You could win an all-expense paid VIP trip to the F1 Grand Prix in Belgium!

ooking for that adrenaline rush? Here's a chance to win the ultimate Ferrari experience at the 2014 Formula 1 Shell Grand Prix in Belgium!

http://bit.ly/1mxK0Dj